Wednesday, November 25, 2009
skg nie dh blk kg..
tp yg plg best ak nk wt lesen keta..huhuhu5
xsbr rse...
arp2 lh cyp awl n mudhan2 lulus..
maklum lr,bkn nye sng kn..
yg ptg ..
msti kne confident..
Sunday, November 15, 2009
SedIH nYa xdPT jWB ExaM..
2 lr,xbc awl2 sgt.nie lr jd nye..trima Lr..
mekna woiiii...huhuhuhu
dh lr 3 jm...
tgl 1 paper lg...ph2 lh blk kg..
xsbr nye rse..lgpn,phni ak nk wt lesen
cmnr lr rse nye...
cm2 perasan ad..huhuhuh3
Thursday, November 5, 2009
Doa UntUk KedUa IbUbapA
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana
kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang
tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang
jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan didunia ini.
TANDA – TANDA SIFAT EGO
Mesti dijauhi oleh setiap Muslim;
Bila jawapan yang diberi betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga
Jika tidak dilantik memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa kecewa dan tidak tenang
Jika dia seorang ketua, dia selalu bersikap kasar ketika memberi arahan kepada orang lain
Jika dia orang bawahan, dia susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil
Mudah marah bila dinasihati
Emosional dan mudah tersinggung
Memilih kawan yang setaraf dengannya
Menonjolkan diri secara berlebihan
Memperlekehkan orang lain
Suka menyampuk perbualan orang lain
Berburuk sangka terhadap orang lain
Suka meninggikan suara ketika bercakap
KaLAm HaBibAh...
Jika manusia dibesarkan dalam suasana kritikan,
Ia akan belajar mengutuk
Jika manusia dibesarkan dalam suasana permusuhan,
Ia akan bersikap melawan
Jika manusia dibesarkan dengan terlalu bertolak ansur,
Ia tak mengerti kesabaran
Jika manusia dibesarkan dengan galakan,
Ia akan menjadi lebih berkeyakinan
Jika manusia dibesarkan dengan pujian,
Ia akan menghargai dirinya
Jika manusia dibesarkan dengan kejujuran,
Ia akan belajar erti keadilan
Jika manusia dibesarkan tanpa ugutan, deraan @ tekanan,
Ia akan berdikari
Jika manusia dibesarkan dengan dihargai apa-apa kebaikannya,
Ia akan menyayangi dirinya
Jika manusia dibesarkan secara mahabbah,
Ia akan berkasih sayang sesama manusia.
ReNUng SejEnAk

(Manusia hari ini suka bersangka²) Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka diet Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka menyendiri Orang menawan disangka pakai susuk Orang nampak ceria disangka membela ......... mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Jika yg diingini tidak diperolehi, bersyukurlah pada apa yg kita perolehi skrg nie..
Wednesday, November 4, 2009
Erti persahabatan
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.
Renungilah.......
10 fakta cinta
Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi.Jika kamu menghulurkan cinta,yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.
Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya.Saat kamu ditinggalkan cinta,jangan menyalahkan diri kerana is sudah ketentuan.
Percayalah,cinta tidak pernah menyakitkan.Jika si dia menyakiti kamu secara fizikal & emosi,pasti ini bukanlah cinta yg sebenarnya.
Cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi.Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya.
Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka.Air mata yg mengalir utk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.
Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka.Setiap pengalaman itu ada pengajarnya.
Cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya.Jika di bawah,jangan cepat berputus asa,berusahalah utk menaikkannya semula sbb kamu telah memilih jalan tersebut.
Cinta bukan sahaja bergantung pada emosi dan kata hati,cinta juga memerlukan pemikiran yang rasional dan positif.
Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta yg terakhir wujud di hati kita.
Kesimpulannya, kita sebagai hambaNYA yg bertaqwa,haruslah memastikan yg cinta kita tuh biarlah ikhlas keranaNYA kerana di situlah terletaknya keberkatanNYA…Ingatlah sesungguhnya cinta yg kekal abadi hanyalah Cinta kita terhadap Dia Yg Maha Esa !!
ukhuwah filah
Kerap kali kita sering menyebut kata-kata ini di akhir pertemuan dengan SAHABAT-SAHABAT kita...namun..adakah kita betul-betul menghayati ape yang kita perkatakan itu...atau adakah ianya sekadar retorik semata-mata...kata penyedap telinga sahaja..
Kita menyatakan "UKHUWAH FILLAH"...tetapi adakah kita menolong sahabat kita ketika susah...atau adakah kita bersedia menjadi MENJADI PENDENGAR SETIA masalah sahabat kita itu...adakah begitu susah hannya untuk menjadi PENDENGAR SETIA ??walaupun kita tidak berupaya menyelesaikan masalah sahabat kita,namun cukuplah sekadar menjadi pendengar masalah yang baik..
Sahabat kita itu memerlukan SESEORANG untuk meluahkan perasaannya...tetapi akibat terlalu sibuk...kita kerap memberi alasan "Busylah,lainkalilah ye" ataupun "Nanti-nantilah,aku sibuk ni"..tahukah perkataan itu mungkin mengguris hati sahabat kita...pernakah kita terfikir...sahabat kita hannya meminta tidak sampai 10% masa kita dalam 24 jam untuk kita mendengar luahan mereka...
Oleh itu sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama menjadi pendengar yang baik...ianya mungkin dapat meredakan masalah sahabat kita itu...Janganlah kita hannya pandai mengungkapkan kata-kata manis sewaktu senang,tetapi di kala susah,kita menjauhkan diri daripada sahabat kita...
Ingatlah,jagalah hubungan kita semua dengan sahabat-sahabat kita...
"UKHUWAH FILLAH"
"SESEORANG DI ANTARA KALIAN (TIDAK DIKATAKAN) BERIMAN SEHINGGA DIA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA DIA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI"(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
DIPETIK DARI KITAB "HADITS ARBAI'N AN-NAWAWIYAH"
Monday, November 2, 2009
final..
beriknlah kami ksmptn waktu untuk memohon
dariMu..anugerahknlah kjyaan dlm peperiksaan
final kami ini..anugerahknlah kjyaan kpd
smua rakan2 kami..jgn ada antara kami yg
sedihnya sndirian..andai telah
tertulis d Lohmahfuz akan kegagalan kami maka
ubhlah mnjdi kjyaan..Engkau
yg Maha Agung, mudah2 an kptsn sem ini lbh
cemerlang dr sebelumnya..Kjyaan mengiringi
kami..berkatilah ilmuMu kpd kami agar dpt
d manfaatkn ke jln Mu yg di redhai..Aminn..
Sebar2 kn doa ini, mgkn ada di antara kta yg
doanya d makbulkan Allah..Insya Allah
Tuesday, October 27, 2009
10 pekara menyebabkan doa tidak terkabul
1) Mengetahui makrifat Allah swt tetapi tidak memenuhi hak-hakNya
2) Membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa yang ditunjuk olehnya
3) Mengakui mencintai RasululLah saw tetapi meninggalkan sunnah baginda
4) Mengakui syaitan itu musuh tetapi mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya
5) Mengaku mahu masuk syurga tetapi tidak mengamalkan perbuatan untuk mendapatkannya
6) Mengaku mahu terselamat dari neraka jahannam tetapi membuat semua kerja yang akan menceburkan diri ke dalamnya
7) Mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi tidak mempersiapkan diri menghadapinya
8) Sentisa mencari kecelaan diri orang lain tetapi tidak cuba mencari kecelaan diri sendiri
9) Telah merasai nikmat pemberian Allah swt tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya
10) Telah menguburkan orang-orang yang telah mati tetapi tidak mahu mengambil iktibar daripadanya
Monday, October 26, 2009
1st UDM Taekwon-do close champienship
Sunday, October 25, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Saturday, September 12, 2009
Abah sakit..
Friday, September 11, 2009











